Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, September 28, 2012

Gaza Bumi Barakah

Alhamdulillah, sekembalinya misi bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza pada Ramadhan 1433 / Julai 2012, Pemberita Urusan Malaysia Siti Ainiza Kamsari yang bersama di dalam misi tersebut sempat meninjau projek ternakan ikan di Gaza dan berikut adalah laporan beliau:-






Maklumat Projek Ikan:

Staf Full time: 5
Area of the project: 4000m2
Sistem of farming: Sea water from underground with simple filteration system.
Technology: Germany & Israel
Number of ponds: 8
Volum of each pond/water: 180 cu.m.
Type of fish: a. Denish (sparus aurata) b. Bolti (Talapia)
Number of young fish/pond: 10,000/pond
Period of 1 season: 6 month – 11 month.
Weight of fish at the time of harvest: 500g.
Selling price: USD 6 - USD12 / kg .

Profit distributed to poor family: 
Numbers of families as recipient: 500 family @3kg/season; 
Total distributed: USD9,000 to 18,000


Entri Berkaitan Lawatan A2G4: Lihat di SINI


Wednesday, September 26, 2012

Aqsa Syarif Menghantar Delegasi ke Persidangan Memperingati Sabra & Shatila di Beirut

Bersempena Persidangan Memperingati Pembunuhan Beramai-ramai Sabra & Shatilla tahun ke 30 di Beirut, Aqsa Syarif menghantar Tuan Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih) iaitu ahli Board of Trustee Aqsa Syarif (BoT) kepersidangan yang berlangsung dari 16-22 September 2012 di Beirut Lubnan. Peristiwa penyembelihan dan pengebomam di kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatilla Beirut yang berlaku dari 16 hingga 18 September 1982 adalah suatu sejarah hitam kemanusiaan yang sememang tidak dapat dilupakan. Persidangan yang mengandungi pelbagai aturcara kesedaran dan rancangan tindakan telah dihadiri oleh delegasi seluruh dunia dan mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa. 

# Untuk maklumat lanjut peristiwa hitam pembuhan beramai-ramai Sabra & Shatilla sila KLIK SINI dan ke tajuk Pembunuhan di Sabra & Shatilla.


Ahli BoT Aqsa Syarif mewakili Aqsa Syarif sebagai delegasi Malaysia menyokong peristiwa memperingati tahun ke 30 Tragedi Pembunuhan Beramai-ramai oleh Zionis dan kuncunya terhadap rakyat Palestin di Kem Pelarian Sabra dan Shatilla agar pihak bertanggungjawab membawa mereka yg melakukan kezaliman itu ke muka keadilan.


120 Delegasi datang daripada Itali (paling ramai) Lebanon, USA, Canada, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugal, Malaysia (6 delegasi), Singapura (4), Nigeria, Afrika Selatan, UK, Turki, Greece, Mesir, Palestine Tebing Barat, dan beberapa negara lain.

Selain aktiviti persidangan, lawatan-lawatan rasmi turut diadakan.

Pak Utih mengambil kesempatan melawat organisasi setempat yang sudah sekian lama mempunyai hubungan dan kerjasama dengan Aqsa Syarif di dalam urusan pembelaan dan penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin sama ada di Beirut mahupun di bumi Palestin kini khususnya di Gaza dan Tebing Barat.

Majlis memperingati pembunuhan kejam Sabra & Shatilla : Lihat di SINI.
Pameran Perjuangan membela rakyat dan memerdekakan Palestin : Lihat di SINI.
Melawat Kem-kem Pelarian Palestin di Beirut: Lihat di SINI.
Di antaranya ialah lawatan ke sempadan Lubnan - Palestin : Lihat di SINI.
Melawat Takaful for Child Welfare : Lihat di SINI. 
Melawat Al Zaytouna Centre for Studies & Consultation : Lihat di SINI.

Aqsa Syarif telah sekian lama menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia semenjak saluran bantuan sukar di bawa masuk terus ke Palestin (Gaza dan Tebing Barat). Aqsa Syarif juga telah menyalurkan bantuan penajaan anak-anak yatim kepada beberapa institusi di atas. Lihat di SINI untuk maklumat lanjut projek-projek Aqsa Syarif dan ke Tajuk Tajaan Anak-anak Yatim & Keluarga Miskin.


Majlis Perasmian persidangan di Beirut dihadiri oleh aktivis antarabangsa

Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kassem Aina, dan diterjemahkan oleh yang kiri ke bahasa Perancis dan Kanan bahasa Inggeris


Di pintu masuk Sabra & Shatilla, tempat sejarah hitam kemanusiaan.

Turut hadir di persidangan ialah Dr Swee Ang (kelahiran Pulau Pinang kerakyatan UK dan sebelum itu kerakyatan Singapura tetapi ditarik balik oleh kerajaan Singapura kerana terlibat membantu rakyat Palestine. Dia menulis buku "From Beirut to Jerusalem"


"Organisastion For the Right Of Return" adalah NGO diwujudkan oleh pemuda-pemuda Palestin. Objektif utama mereka utk menanamkan sikap kembali ke Palestin dikalangan anak-anak muda Palestine di Kem-kem Pelarian.


Jamal Maarof terselamat dari pembunuhan kerana dia pada waktu itu bekerja di luar kem. Itu gambar dia semasa muda waktu tragedi itu berlaku.

Wanita dengan memori lebih 30 tahun - Mereka yang selamat dgn gambar anak-anak mereka yg dibunuh dengan kejam oleh "tentera upahan yahudi zionis".

Wanita ini berumur 80 tahun daripada Italy datang untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestine ini.


Suasana di kawasan Sabra & Shatilla ketika persidangan


Jalan penghubung Sabra & Shatilla yang menjadi tempat berlakunya penyembelihan dan pengeboman terhadap rakyat Palestin


Lorong-lorong di Sabra & Shatilla. Anak-anak Palestin berlindung dan membesar pada hari ini

Ruang pentadbiran Kem Shatilla yg dibiayaai oleh NGO.

Lawatan ke rumah kem pelarian.. lorong "tikus"


Keadaan kawasan perumahan yang sangat dhoif sehingga hari ini


Pak Utih dan Dato' Halim - Mantan Duta Malaysia ke Lubnan yang turut hadir di persidangan ini

Pengerusi Takaful for Child Welfare dan juga Ahli Majlis Perbandaran Beirut Issam Barghaout seorang tokoh Islam di Beirut menyambut kedatangan Pak Utih


Melawat dan meneliti data-data anak yatim yang diurus oleh Wafrah

Pejabar Wafrah yang menjalankan operasi membela dan membantu anak-anak yatim Palestin dan menjalankan aktiviti bantuan yang lain

Aktiviti sepanjang tahun dijelaskan kepada Pak Utih


Menerima cenderamata daripada Dr Mohsen M Saleh, Pengurus Besar Al Zaytouna Centre for Studies & Consultation. Aqsa Syarif menyumbang USD 5 K kepada Pusat ini. Dr Mohsen mengharapkan kerjasama membuka pusat sumber kecemerlangan Palestine di Malaysia dan Aqsa Syarif outletnya


Lawatan ke Al-Zaytouna yang penuh bermakna

Aqsa Syarif sentiasa melibatkan diri di dalam pelbagai persidangan, forum dan misi-misi kemanusiaan berkaitan Palestin bagi mewakili rakyat Malaysia di dalam usaha membela dan membantu pembebasan bumi Palestin. Sila KLIK di SINI untuk banyak lagi berita inisiatif-inisiatif Aqsa Syarif.

Friday, September 21, 2012

RM12,000.00 Diserah YB Rodziah Untuk Projek Pusat Komuniti Wanita di Palestin


Komuniti Al-Fikrah.Net Sumbang Lebih RM10,000 Untuk Kilang Roti Aqsa Syarif


Sabtu, 15 September 2012 10:12

KUALA LUMPUR - Komuniti forum Al-Fikrah.net hari ini telah menyumbang sebanyak RM10,050.20 untuk pembinaan kilang roti Aqsa Syarif di Khan Younis, Gaza di Hotel Putra KL di sini.
CEO Al-Fikrah.net, Mohd Nawawi Abd Razak telah menyerahkan cek sumbangan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Mohd Zin Kandar. Turut menemani Nawawi adalah ahli forum komuniti al-fikrah.net, Mohd Syafiq Abu Hassan.
Turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan ialah Timbalan YDP IKRAM Wilayah Persekutuan (WP), Roshasni Marjumat dan Pengerusi Aqsa Syarif WP, Zaharuddin Othman.
Dr Mohd Zin melahirkan penghargaan kepada Nawawi yang mewakili komuniti Al-Fikrah.net atas keprihatinan pihak mereka membantu kebajikan rakyat Palestin di Gaza dengan sumbangan tersebut.
Menurut Nawawi, kutipan sumbangan tersebut telah dilakukan oleh Al-Fikrah.net selama dua minggu mulai pertengahan Ramadhan yang lalu.
Forum komuniti Al-Fikrah.net yang menghidangkan pelbagai diskusi isu semasa dan keagamaan kini mempunyai lebih 7,000 ahli.


Monday, September 17, 2012

Laporan Menyeluruh Misi Ramadhan AQSA ke Palestin A2G8 & A2G9


Alhamdulillah ... berikut adalah maklumat-maklumat dan capaian-capaian berkaitan misi kemanusiaan A2G8 & A2G9. Allahu Akbar Walillahilhamd.
Misi Ramadhan Aqsa Syarif ke Palestin sememang dirancang semenjak sebelum Ramadhan lagi. Dua kumpulan misi dirancang iaitu pada pertengahan Ramadhan sebagai misi A2G8 dan penghujung Ramadhan sebagai misi A2G9. Di atas beberapa situasi dan insiden yang tidak dapat dielakkan, sehingga menyebabkan kepada penutupan pintu sempadan Gaza iaitu di Rafah, pihak urusetia telah dimaklumkan oleh wakil di Mesir akan beberapa keli penangguhan misi.

Alhamdulillah akhirnya pintu sempadan Rafah dibuka semula untuk misi dan urusetia misi segera menguruskan pengabungan dan perjalanan misi yang bertolak pada 12 Ogos 2012 yang disertai oleh para sukarelawan Malaysia dari Malaysia, UK dan Mesir.





Saturday, September 15, 2012

LIPUTAN MEDIA PROJEK & PROGRAM RAMADHAN AQSA SYARIF 1433 / 2012



Alhamdulillah, program-program dan misi anjuran Aqsa Syarif telah mendapat liputan yang sangat memberangsangkan pada tahun ini oleh media-media nasional dan antarabangsa. Persiapan dan perancangan yang dijalankan semenjak sebelum Ramadhan telah mendapat liputan oleh beberapa akhbar tempatan dan rangkaian television negara. Berikut adalah capaian-capain liputan berkenaan. Alhamdulillah.






LIPUTAN TV, AKHBAR, Youtube:  Persiapan A2G8 & 9 & IMAM-IMAM MUDA GAZA DI MALAYSIA


2. TV Hijrah: Aqsa Syarif sasar RM3juta untuk misi bantuan Ramadhan ke Gaza: http://www.youtube.com/watch?v=L-L9H2c2dUs&feature=player_embedded

 3. Montaj Misi Ramadhan AQSA: http://www.youtube.com/watch?v=Ut3qlkfdu-4&feature=relmfu

4. Projek Kilang Roti video Zulfadhli: http://www.youtube.com/watch?v=SyQ_fd3OOg4&feature=related



LIPUTAN TV & AKHBAR PERJALANAN MISI A2G8 & 9

1. TV3 Buletin 25 Ogos: Ketibaan di KLIA
http://www.youtube.com/watch?v=t6NYH8C9ifg&feature=share  


3. TV1 25 Ogos : Ketibaan di KLIA


5. TV9 Berita, 3 Sept 2012: Kilang Roti

6. TV9 Berita 2 Sept 2012: Ternakan Lembu

7. VIDEO MUHAMMAD SABIQ : KETIBAAN DI KLIA

8. SINAR HARIAN 27 Ogos 2012; Edisi timor.

9. Akhbar Ketibaan di KLIA;
10. Akhbar Elektronik gaza.

11. 10,000 solat aidilfitri di Gaza: Utusan;

12. Hospital Kanak2 Rantissi : http://www.youtube.com/watch?v=dOV-2x8Cswk

13 TV9 Berita Kanak2 di Hospital di gaza: http://www.youtube.com/watch?v=dOV-2x8Cswk&feature=relmfu

14. Astro Awani : http://www.youtube.com/watch?v=4r1HB20rdcI&feature=share

15. Astro Awani, PM Dr Hafidzi & PM Ust Hasanuddin- Pasca A2G8 & 9: http://www.youtube.com/watch?v=4r1HB20rdcI&feature=relmfu  



LIPUTAN TV & AKHBAR IMAM-IMAM MUDA GAZA DI MALAYSIA


2. TV Hijrah: Majlis perpisahan imam-imam di KL : http://www.youtube.com/watch?v=znqxsZAsJ3A&feature=relmfu

3. MHI Imam-imam di Malaysia, 30 Julai 2012: http://www.youtube.com/watch?v=g0ieUR62BG8&feature=relmfu

4. Bernama TV: Hello Malaysia bersama Imam 23 Julai 2012 : http://www.youtube.com/watch?v=8Uw0HSo04CM&feature=relmfu

5. TV Hijrah 21 Julai Ketibaan imam2 di KLIA: http://www.youtube.com/watch?v=z1h4eusNJ-o&feature=relmfu

6. TV3 Buletin Utama Ketibaan imam2 di KLIA: http://www.youtube.com/watch?v=RMt-v9tVVY0&feature=relmfu


Lain-lain berkaitan Imam gaza di Malaysia




Lain-lain berkaitan projek-projek AQSA


5. Rose2Rose Charity Dinner Video Promo: http://www.youtube.com/watch?v=7lvgXHqh6gM&feature=related

6. Rose2Rose Video Promo: http://www.youtube.com/watch?v=gxyFL-qD4zA

7. Rose2Rose Assalamualaikum TV Hijrah: http://www.youtube.com/watch?v=h0ny0uFH3mc&feature=relmfu

8. Rose2Rose Wanita Hari ini: http://www.youtube.com/watch?v=hBRS04bV_gI&feature=relmfu

9. Rose2Rose Dinner di Menara Telekom: http://www.youtube.com/watch?v=XcdWpNbWb4g&feature=relmfu

10. Projek-projek AQSA di Palestin: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/xxx.html

11. Blog misi-misi A2G: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/


ROADSHOW AL-QUDS SARAWAK (MIRI) BERJAYA DIANJURKAN



Pada 30 Ogos - 2 Sept 2012, satu program Roadshow Al-Quds telah berjaya dianjurkan Aqsa Syarif Miri dengan kerjasama Ikram Teens Miri, Ikram Miri dan sekretariat MyGaza Mission.
Sdr Muhammad Aiman bin Mohd Zin (lepasan UIA Gombak dan ahli deligasi Global March to Jerusalem ke Amman Jordan) telah dijemput oleh Pengerusi Aqsa Syarif Miri, Saudari Noor Adilah melalui maklumat dari Saudara Mus’ab Muzahar (peserta misi A2G2 / YDP MPP Unimas). 

Tujuan program adalah untuk memberi pendedahan dan  ceramah kesedaran Palestin di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar universiti di sekitar Miri. Kedatangan Saudara Aiman juga adalah untuk memberi pendedahan kepada aktivis Aqsa Syarif Miri dalam membantu memperkasakan pasukan aktivis Aqsa Syarif di samping berkongsi pengalaman beliau dalam misi Global March to Jerusalem (GMJ) di Jordan pada bulan march yang lalu. 

Muhammad Aiman (MA) tiba di Airport Miri pada jam 6.00 ptg 30 Ogos 2012 (Khamis) dan disambut oleh 4 orang aktivis AQSA dari Curtin University dan selepas solat maghrib terus dibawa ke Open House Sdr Rosli. Di sana  MA sempat berkongsi mengenai GMJ kepada para tetamu yang hadir.
Selepas itu, MA ke Pejabat Ikram Miri untuk mesyuarat penyelarasan program roadshow yang akan dimulakan keesokan harinya bersama AJK Aqsa Syarif Miri.

31 Ogos 2012 (Jumaat)    : Program Palestin di Sek. Men. Sains Miri (7.30 pg – 12.00 tgh hari)

Tiga slot telah dijalankan iaitu:
a)     Aku & Palestin (oleh Sdr M.Aiman)
b)    Wall of Solidarity (oleh Sdri Adilah)
c)     Peranan kita (oleh Sdr Aiman)

Disamping program memberi pendedahan isu Palestine, Aqsa Syarif Miri juga memeperkenalkan Ikram Teens Miri kepada pihak sekolah. Respon dari para pelajar dan guru-guru amat positif dan peranan alumni sekolah yg terdiri dari aktivis AQSA Miri sangat membantu dalam menghubungkan pihak sekolah dan AQSA/Ikram.
Pihak sekolah bercadang untuk menjemput lagi pihak Aqsa Syarif/Ikram Teens untuk program susulan berkaitan kesedaran isu ummah sejagat dan motivasi pelajar-pelajar.



)    Perkongsian di Institut Pendidikan Miri (2.30 – 4.30 ptg)

Perkongsian tentang GMJ dan sejarah Palestin bersama lebih kurang 40 orang guru pelatih telah berjaya dijalankan. Pendedahan tentang peranan yg boleh mereka mainkan sebagai bakal pendidik diberi penekanan. Mereka juga didedahkan tentang situasi dan isu-isu pendidikan di Gaza dan Palestin yang sangat memerlukan bantuan dari ummat Islam.

Respon sangat positif dari para peserta dan maklumat yang diterima akan membantu mereka di dalam menganjurkan minggu Palestin pada semester akan datang. Perbincangan dan sesi bertukar-tukar idea dijalankan akan bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan isu Palestin kepada masyarakat kampus berbilang kaum.



Bersama majlis jemaah perwakilan pelajar IPG Miri


1 September 2012 (Sabtu)
Jamuan Raya Ikram Miri (10 pagi – 12.30 tgh hari)

Sesi Ikram bersama ahli dan masyarakat. Hadirin diperkenalkan tentang Ikram Miri dan institusi di bawah Ikram Miri iaitu Aqsa Syarif, Ikram Teens dan Tadika Al-Amin Aulad.


2    DS2 (Duduk Sembang-sembang) (4.30 – 6.00 ptg)

Sesi perkongsian pengalaman GMJ, dakwah dan tarbiyyah bersama pelajar-pelajar Curtin university. 


3    Mini TOPS (8.30 – 11.00 mlm)

Sesi Mini-TOPS adalah sesi perkongsian pengalaman MA sepanjang menjadi aktivis Aqsa Syarif. Ilmu-ilmu yang diperolehi di dalam pelbagai penglibatan sepanjang belajar di UIA, penglibatan di dalam JK MyGMJ dan penyertaan di dalam "Training of Palestinian Specialist" (TOPS) Selangor banyak membantu MA mengendalikan mini Tops ini. MA banyak berkongsi bagaimana aktivis harus memiliki perasaan 'izzah' (rasa mulia) di dalam membawa isu Palestin dan membawa mesej tarbiyyah dan dakwah dalam memperjuangkan isu ini.

Para aktivis dibawa untuk mentajdid niat, bagaimana menjadi aktivis yang benar-benar menyumbang dan bekalan-bekalan yang harus ada pada seorang aktivis Aqsa Syarif. Seterusnya Action plan untuk Aqsa Syarif Miri dibincangkan bersama.


2 September 2012 (Ahad)
1    Ceramah Palestin di SMKA Miri (SMKAMi)

Tiga slot telah dijalankan iaitu:
a)    Aku & Palestin (oleh Sdr M. Aiman)
b)     Wall of Solidarity (oleh Sdri Azreen)
c)     Peranan kita (oleh Sdr M. Aiman)
SMKAMi adalah sekolah paling akrab dengan Ikram Miri dan usrah sekolah telah lama di jalankan. Pelajar-pelajar di sana sangat berpotensi terutama adik-adik yang berada di tingkatan 5. Ramai menyatakan kesudian mengikut jejak langkah kami menganggotai Ikram/Aqsa Syarif ketika di universiti kelak.



Secara kesimpulannya, Roadshow Al-Quds Miri berjaya mecapai objektifnya. Aqsa Syarif Miri memerlukan lebih banyak tenaga dan sokongan dari Aqsa syarif pusat dari sudut kewangan dan galakan kerana Miri adalah kawasan yang agak baru mendapat pendedahan isu-isu Palestin dan ummah sejagat.
Di samping itu, semangat yang ditunjukkan oleh aktivis Aqsa Syarif Miri walaupun ada yang baru menyertai sebagai aktivis sangat membanggakan dengan idea dan pengorbanan masa dan tenaga yang tidak berbelah bagi.
Moga Aqsa Syarif akan terus maju dan dapat memperkasakan masyarakat di Sarawak dan Sabah di dalam pembelaan Palestin