Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, September 3, 2012

SR Islam Hidayah JB taja 3 unit kilang roti kedua Gaza



Tahniah diucapkan kepada Guru Besar, murid-murid, semua warga dan ibu bapa Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru yang telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM15000 untuk penajaan 3 unit kecil kilang roti kedua di Gaza (1 unit = RM 5000). Difahamkan, kutipan sejumlah Rm12,400 telah berjaya dibuat dalam masa hanya 3 hari, iaitu bersempena pelancaran Hari Al-Quds peringkat sekolah pada minggu terakhir Ramadhan lepas manakala bakinya dibuat dalam minggu ini. Walaupun seluruh warga Sekolah Islam Hidayah sedang sibuk menjana dana untuk bangunan baru sekolah mereka, namun masih tidak dilupakan akan sahabat atau saudara mereka di Palestin. 







Majlis penyerahan sumbangan diadakan diperhimpunan mingguan sekolah dihadapan murid-murid dan guru-guru serta staf SRIH pada hari ini 3 Sept 2012. Sumbangan diserahkan oleh ketua murid SRIH, adik Muhammad Al-Faateh bin Mohd Zin kepada Pengurus Aqsa Syarif Negeri Johor, Dr Faizul Amri Adnan yang juga peserta misi A2G8.

SRIH sememangnya sering mengadakan program-program kesedaran dan penjanaan dana bagi menanamkan rasa prihatin kepada setiap pelajar akan kepentingan memahami isu Palestin dan menanamkan usaha agar pembebasan dan pembelaan terhadap Palestin dan Masjidil Aqsa menjadi sebahagian dari kefahaman para pelajar dan warganya sehingga Palestin dan Al-Aqsa dibebaskan.

Moga ianya menjadi ikutan kepada sekolah-sekolah lain dan agensi-agensi lain di seluruh negara. 



No comments:

Post a Comment