Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, September 2, 2012

Palestin Perlukan Lebih Banyak Dana Untuk Membangun Semula


Alhamdulillah, misi kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza Ramadhan & Syawal iaitu Aqsa to Gaza 8 & 9 telah selamat kembali ke tanah air dan berjaya menyempurnakan misi kemanusiaan Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin. Seramai 36 sukarelawan termasuk 3 wartawan telah berjaya mengagih-agihkan sumbangan hasil kutipan dari rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza yang sangat-sangat memerlukan (Lihat kenyataan media Aqsa Syarif bersempena kepulangan misi yang diterbitkan sebelum ini di blog ini: di SINI).  
Agihan juga dilakukan untuk projek-projek jangka sederhana dan panjang hasil tajaan persatuan-persatuan, kelab-kelab, kampung mahupun masjid yang menaja projek-projek tersebut. Beberapa MoU ditandatangani di antara peserta misi dengan pihak pertubuhan yang telah dipilih Aqsa Syarif untuk melaksanakan projek-projek yang telah dipersetujui.


Contohnya penduduk masjid Mat Saman Kajang, surau berdekatan dan Kg berdekatan telah mengembling tenaga menaja pembinaan semula sebuah rumah di Palestin bernilai RM15,000 dan RM8,000 tajaan satu unit kecil kilang roti ke dua di Gaza. 
Ketua Kg Sg Merab Dalam Kajang menyampaikan 2 tajaan, baikpulih rumah (RM15,000) dan Kilan Roti ke 2 (RM8,000) kepada Pengerusi Aqsa Syarif

Timbalan Dekan Fakulti Bio-Perubatan menyerahkan borang-borang tajaan dari staf fakulti kepada PM Dr Mohd Zin (Ahli Pemegang Amanah AQSA)

Pengarah LHDN menyerahkan tajaan projek-projek di Gaza kepada Pengawai Eksekutif AQSA Johor, Ust Rofazlin Jusuh

Manakala Persatuan kakitangan LHDN Johor Bahru telah berjaya mengumpulkan wang secara berkumpulan dan menaja 3 unit kecil kilang roti kedua di Gaza dengan sumbangan RM15,000.


Aqsa Syarif telah berjaya mengurus dan menyelaras projek-projek jangka sederhana dan panjang di Gaza khususnya sebagai satu langkah proaktif untuk membantu membangun semula Gaza yang diserang dengan dahsyat oleh rejim zionis israel pada 2008/09 serta sekatan/kepungan yang dikenakan secara zalim oleh rejim Israel semenjak 2006. Sehingga kini lebih 30 projek dan program telah dijalankan di Gaza dengan nilai bantuan lebih RM4juta hasil sumbangan orang ramai yang diusahakan oleh para aktivis Aqsa Syarif. Sembilan badan pertubuhan kemanusiaan dan tiga agensi awam di Gaza menjadi organisasi / agensi pelaksana projek-projek tersebut.


Kini beberapa projek penerusan dan baru sedang rancak di rancang dan dilaksanakan. Sebahagian projek-projek tersebut memerlukan kerjasama pertubuhan-pertubuhan, kelab-kelab dan badan-badan korporat. Aqsa Syarif mempelawa sumbangan dalam bentuk tajaan projek-projek secara berpakej dan para penderma secara kolektif digalakkan menaja secara berfokus sebagaimana dilakukan dua pertubuhan di atas. Di antara projek-projek yang menjadai tumpuan utuk 6 - 1 tahun dari sekarang ialah penyempurnaan projek-projek:-


i. Kilang Roti kedua di Khanyounis: RM100,000 baru disalorkan dari nilai projek RM700,000.00; (RM600,000 masih diperlukan).
ii. Pusat Kesihatan RM100,000 baru di salurkan dari nilai projek RM1.3juta (RM1.2j masih diperlukan)
iii. Malaysian-Palestinian Village Industry (MyPVI): RM300,000 baru disalurkan berbanding nilai projek RM3.5j (RM3.2j masih diperlukan)
iv. Membina semula rumah keluarga miskin/dhoif: 11 rumah dari 40 yang disasarkan @RM15,000 satu (RM585,000 masih diperlukan).
v. Tambahan benih lembu tenusu: 5 benih @RM9000, disalurkan berbanding 30 ekor diperlukan (RM225,000 masih diperlukan).
vi. Pusat Komuniti Wanita: Peruntukan setaakat ini memadai. (Alhamdulillah).

Beberapa buah rumah berjaya dibaiki oleh As Salam Society hasil sumbangan rakyat Malaysia

MoU dan serahan RM100,000 untuk projek Pusat kesihatan di Gaza

Projek ternakan ikan sumbangan rakyat Malaysia yang kini menghasilkan ikan untuk diagih-agih kepada rakyat miskin

Projek ternakkan lembu tenusu yang berjaya dan menjadi bahan asas pembuatan keju di Gaza

Memahami situasi yang begitu mendesak di Palestin, maka para sukarelawan misi kemanusiaan A2G8 & 9 akan terus menyumbang tenaga, pemikiran dan masa bagi meneruskan misi memberikan penerangan mengenai pengalaman-pengalaman mereka akan keadaan dan situasi di Palestin di samping berusaha untuk terus menumpul dana bagi membantu menyempurnakan projek-projek yang telah dikenalpasti di atas.


Penduduk Palestin telah sekian lama berjuang dan bersabar dengan apa jua tekanan, kezaliman dan pembunuhan yang dialkukan rejim Israel yang zalim. Namun penduduk Palestin tidak berganjak dan mengalah, malah mereka menjadikan kehidupan dan tubuh badan mereka dan keluarga mereka sebagai benteng-benteng bagi mempertahankan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa untuk terus dijajah. Menjadi tanggungjawab semua untuk memainkan peranan denagn apa juga upaya.


Aqsa Syarif melalui strategi kutipan dana untuk jangkamasa 6 bulan hingga 1 tahun ini akan menumpukan kepada usaha mendapatkan tajaan secara berkumpulan iaitu dari kelab-kelab, persatuan-persatuan, badan-badan korporat mahupun agensi-agensi kerajaan. Tajaan-tajaan projek sebagaimana dilakukan oleh persatuan staf LHDN dan Masjid Mat Saman di atas akan menjadi pendekatan bagi memastikan saluran bantuan kepada projek-projek di Palestin lebih berkesan. 


Projek-projek di atas adalah sejajar dengan empat fokus kritikal bantuan ke Gaza yang merangkumi sektor;

a. Makanan,
b. Kesihatan,
c. Pendidikan dan
d. Sosio Ekonomi.


Keempat-empat sektir di atas sangat kritikal untuk titangani di tahap ini dan Alhamdulillah Aqsa Syarif begitu konsistan mengenai perancangan dan pelaksanannya selain bantuan dalam bentuk kecemasan dan kebajikan rakyat yang memerlukan seperti bantuan iftar ramadhan, Back2School Projek, pakaian/selimut musim sejuk dan lain-lain yang sering dikirimkan bila diperlukan.

Projek-projek Aqsa Syarif keseluruhannya (semenjak 2010) sila lihat di SINI.



No comments:

Post a Comment