Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, September 26, 2012

Aqsa Syarif Menghantar Delegasi ke Persidangan Memperingati Sabra & Shatila di Beirut

Bersempena Persidangan Memperingati Pembunuhan Beramai-ramai Sabra & Shatilla tahun ke 30 di Beirut, Aqsa Syarif menghantar Tuan Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih) iaitu ahli Board of Trustee Aqsa Syarif (BoT) kepersidangan yang berlangsung dari 16-22 September 2012 di Beirut Lubnan. Peristiwa penyembelihan dan pengebomam di kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatilla Beirut yang berlaku dari 16 hingga 18 September 1982 adalah suatu sejarah hitam kemanusiaan yang sememang tidak dapat dilupakan. Persidangan yang mengandungi pelbagai aturcara kesedaran dan rancangan tindakan telah dihadiri oleh delegasi seluruh dunia dan mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa. 

# Untuk maklumat lanjut peristiwa hitam pembuhan beramai-ramai Sabra & Shatilla sila KLIK SINI dan ke tajuk Pembunuhan di Sabra & Shatilla.


Ahli BoT Aqsa Syarif mewakili Aqsa Syarif sebagai delegasi Malaysia menyokong peristiwa memperingati tahun ke 30 Tragedi Pembunuhan Beramai-ramai oleh Zionis dan kuncunya terhadap rakyat Palestin di Kem Pelarian Sabra dan Shatilla agar pihak bertanggungjawab membawa mereka yg melakukan kezaliman itu ke muka keadilan.


120 Delegasi datang daripada Itali (paling ramai) Lebanon, USA, Canada, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugal, Malaysia (6 delegasi), Singapura (4), Nigeria, Afrika Selatan, UK, Turki, Greece, Mesir, Palestine Tebing Barat, dan beberapa negara lain.

Selain aktiviti persidangan, lawatan-lawatan rasmi turut diadakan.

Pak Utih mengambil kesempatan melawat organisasi setempat yang sudah sekian lama mempunyai hubungan dan kerjasama dengan Aqsa Syarif di dalam urusan pembelaan dan penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin sama ada di Beirut mahupun di bumi Palestin kini khususnya di Gaza dan Tebing Barat.

Majlis memperingati pembunuhan kejam Sabra & Shatilla : Lihat di SINI.
Pameran Perjuangan membela rakyat dan memerdekakan Palestin : Lihat di SINI.
Melawat Kem-kem Pelarian Palestin di Beirut: Lihat di SINI.
Di antaranya ialah lawatan ke sempadan Lubnan - Palestin : Lihat di SINI.
Melawat Takaful for Child Welfare : Lihat di SINI. 
Melawat Al Zaytouna Centre for Studies & Consultation : Lihat di SINI.

Aqsa Syarif telah sekian lama menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia semenjak saluran bantuan sukar di bawa masuk terus ke Palestin (Gaza dan Tebing Barat). Aqsa Syarif juga telah menyalurkan bantuan penajaan anak-anak yatim kepada beberapa institusi di atas. Lihat di SINI untuk maklumat lanjut projek-projek Aqsa Syarif dan ke Tajuk Tajaan Anak-anak Yatim & Keluarga Miskin.


Majlis Perasmian persidangan di Beirut dihadiri oleh aktivis antarabangsa

Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kassem Aina, dan diterjemahkan oleh yang kiri ke bahasa Perancis dan Kanan bahasa Inggeris


Di pintu masuk Sabra & Shatilla, tempat sejarah hitam kemanusiaan.

Turut hadir di persidangan ialah Dr Swee Ang (kelahiran Pulau Pinang kerakyatan UK dan sebelum itu kerakyatan Singapura tetapi ditarik balik oleh kerajaan Singapura kerana terlibat membantu rakyat Palestine. Dia menulis buku "From Beirut to Jerusalem"


"Organisastion For the Right Of Return" adalah NGO diwujudkan oleh pemuda-pemuda Palestin. Objektif utama mereka utk menanamkan sikap kembali ke Palestin dikalangan anak-anak muda Palestine di Kem-kem Pelarian.


Jamal Maarof terselamat dari pembunuhan kerana dia pada waktu itu bekerja di luar kem. Itu gambar dia semasa muda waktu tragedi itu berlaku.

Wanita dengan memori lebih 30 tahun - Mereka yang selamat dgn gambar anak-anak mereka yg dibunuh dengan kejam oleh "tentera upahan yahudi zionis".

Wanita ini berumur 80 tahun daripada Italy datang untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestine ini.


Suasana di kawasan Sabra & Shatilla ketika persidangan


Jalan penghubung Sabra & Shatilla yang menjadi tempat berlakunya penyembelihan dan pengeboman terhadap rakyat Palestin


Lorong-lorong di Sabra & Shatilla. Anak-anak Palestin berlindung dan membesar pada hari ini

Ruang pentadbiran Kem Shatilla yg dibiayaai oleh NGO.

Lawatan ke rumah kem pelarian.. lorong "tikus"


Keadaan kawasan perumahan yang sangat dhoif sehingga hari ini


Pak Utih dan Dato' Halim - Mantan Duta Malaysia ke Lubnan yang turut hadir di persidangan ini

Pengerusi Takaful for Child Welfare dan juga Ahli Majlis Perbandaran Beirut Issam Barghaout seorang tokoh Islam di Beirut menyambut kedatangan Pak Utih


Melawat dan meneliti data-data anak yatim yang diurus oleh Wafrah

Pejabar Wafrah yang menjalankan operasi membela dan membantu anak-anak yatim Palestin dan menjalankan aktiviti bantuan yang lain

Aktiviti sepanjang tahun dijelaskan kepada Pak Utih


Menerima cenderamata daripada Dr Mohsen M Saleh, Pengurus Besar Al Zaytouna Centre for Studies & Consultation. Aqsa Syarif menyumbang USD 5 K kepada Pusat ini. Dr Mohsen mengharapkan kerjasama membuka pusat sumber kecemerlangan Palestine di Malaysia dan Aqsa Syarif outletnya


Lawatan ke Al-Zaytouna yang penuh bermakna

Aqsa Syarif sentiasa melibatkan diri di dalam pelbagai persidangan, forum dan misi-misi kemanusiaan berkaitan Palestin bagi mewakili rakyat Malaysia di dalam usaha membela dan membantu pembebasan bumi Palestin. Sila KLIK di SINI untuk banyak lagi berita inisiatif-inisiatif Aqsa Syarif.

No comments:

Post a Comment